Anugerah Akademi ke-78
Anugerah Akademi ke-78

Anugerah Akademi ke-78

Majlis Anugerah Akademi ke-78 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS), berlangsung pada Mac 5, 2006 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz.[3][4] Jon Stewart mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[5] Dalam sebuah majli di The Beverly Hilton, Beverly Hills, California pada Februari 18, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Rachel McAdams.[6]Crash memenangi tiga anugerah termasuk Filem Terbaik.[7] Pemenang-pemenang yang lain termasuk Brokeback Mountain, King Kong dan Memoirs of a Geisha juga dengan tiga anugerah dan Capote, The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe, The Constant Gardener, Hustle and Flow, March of the Penguins, The Moon and the Son: An Imagined Conversation, A Note of Triumph: The Golden Age of Norman Corwin, Six Shooter, Syriana, Tsotsi, Walk the Line dan Wallace & Gromit: The Curse of the Were-Rabbit dengan satu anugerah.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah Akademi ke-78 http://www.ew.com/article/2006/03/10/facts-about-o... http://oscar.go.com/ http://articles.latimes.com/2006/mar/05/entertainm... http://articles.latimes.com/2006/mar/05/entertainm... http://community.seattletimes.nwsource.com/archive... http://www.post-gazette.com/oscar-watch/2006/03/06... http://www.seattlepi.com/ae/movies/article/No-surp... http://www.seattletimes.com/entertainment/jon-stew... http://variety.com/2005/film/news/cates-taking-the... http://variety.com/2005/film/news/oscar-watch-horv...